Penubuhan kolej TVET ini adalah untuk memenuhi permintaan tenaga kerja berkelulusan TVET di daerah Klang. Kursus-kursus yang memenuhi permintaan industri dan mempunyai perhubungan industri yang erat dan strategik bakal dilaksanakan. Kolej ini mempunyai kemudahan-kemudahan yang lengkap dan menarik, antaranya, tiga padang bola sepak, gelanggang badminton dan futsal, sebuah kolam renang, serta kemudahan hostel yang berdekatan.
Kolej ini akan menawarkan program SKM Tahap Dua, Penyediaan & Penghasilan Makanan pada tahun akademik 2025. Graduan kami tidak perlu risau tentang peluang pekerjaan, kerana kumpulan syarikat KSL, termasuk KSL Esplanade Hotel dan KSL Esplanade Mall, menyediakan peluang Latihan Industri (LI) serta jaminan pekerjaan. Setelah tamat pembelajaran, pelajar berpeluang untuk diserap masuk ke dalam industri, membuka laluan kerjaya yang stabil dan cerah. Kolej ini akan menyediakan ruang seluas 4,000 kaki persegi, dengan kemudahan-kemudahan dapur yang lengkap, lobi untuk kaunseling, bilik kuliah, bengkel dan ruangan pejabat untuk staf latihan.
MISI
Membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan inovatif mengikut perubahan teknologi dan persekitaran.
VISI
Melahirkan pekerja mahir bertaraf dunia